Mak-mak yang cikgu je faham bendani 😂😂

Hai Saya nak share satu kisah ni.  

Ada satu hari tu waktu kelas Tuisyen saya tanya dengan murid saya. Mak ayah kamu kerja apa?

Ada sorang murid jawab

“Mak saya cikgu maths”

“Mak saya pun cikgu, juga” balas sorang lagi.

“saya pun”, murid yang lain balas.

Saya pun pelik.pastu saya pun cakap “Mak kamu cikgu maths, habis tu kenapa tak ajar je kamu sendiri”?

Diorang jawab “kat sini belajar best, ramai kawan,kat rumah tak boleh cikgu, mak saya garang.Kalau tak kena cubit ketam, tak sah”. Jawab sorang murid.

“Kau pun sama kena, aku pun sama kena juga,kena cubit ketam” jawab murid yang lain sambil gelak ramai-ramai.

 Adoii. Mak-mak sekalian,janganlah jadi rimau, tarzan dan singa jadian sangat, diorang dah pandai bergosip kat Tuisyen ni..haha

Time budak-budak nak balik, Cikgu pun sekodeng lah kejap mana satu mak dia yang cubit ketam tu.

Ooo yang tu.ok ok. memang betul garang.. Haha. 

Biasanya camtu lah mak-mak yang jenis cikgu ni ,kalau anak orang dia boleh ajar,sabar je,tapi kalau mai kat anak dia sendiri ,ko siaplah.Itu pun tak tahu ,zappppp cubit ketam sekali.haha 

Jangan Ambil hati ye. Gurau sikit sempena 12.12

hehe.

Jumpa Lagi, 

Cikgu Rajaei & Maths Catch Team

P/s : Cuti Sekolah biar mereka belajar santai-santai, baiki Asas pun dah cukup baik. 

 dah Join Telegram Channel saya ke? Wajib join tau.Rugi sangat-sangat kalau tak join.Dah ada 13,200 ibu bapa kat sana.Saya share lebih banyak tips,soalan dan ebook percuma sahaja.

Join Telegranm saya disini sekarang >> t.me/ParentingMathsCgRajaei

3 thoughts on “Mak-mak yang cikgu je faham bendani 😂😂”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *