Pembahagian Guna Teknik Ulat Gonggok

Saya nak tanya pernah dengar Cara Pembahagian menggunakan Teknik Ulat Gonggok?

Untuk pembahagian ni ada 2 teknik yang biasa saya gunakan.
[+] Pembahagian 1 digit : Saya biasa guna kaedah Rail Kereta Api
[+] Pembahagian 2 digit : Saya biasa gunakan Teknik Ulat Gongok.

Bagi sekolah rendah pembahagian 2 digit sangat popular dalam exam.Contohnya macam soalan kat bawah

838 951 ÷ 25 =?
A 3355 remainder 1
B 33 558 remainder 1
C 33 558 remainder 2
D 3355 remainder 2

Saya dapati ramai sangat pelajar gagal menjawab dengan tepat,sama ada tak tahu ataupun disebabkan careless.Bagi yang lemah mereka gagal nak jawab soalan ni disebakan oleh gagal menguasai sifir dengan baik.

Untuk atasi masalah ni saya biasanya bantu pelajar dengan teknik Ulat Gongok.Nama ulat gonggok ni sengaja direka ,sesuai dengan umur mereka.Kalau dalam seminar akan ada video untuk menarik perhatian mereka.Biasanya anak-anak ni akan terhibur.

Dengan Teknik ni walaupun pelajar tu lemah sifir sekalipun ia tetap boleh jawab dengan syarat menguasai OPERASI TAMBAH sahaja.

Lihat Contoh Teknik Ulat Gongok (GAMBAR)

Menarik bukan?

Ini lah asas-asas penting yang anak-anak sekolah rendah perlu kuasai lagi.Sebenarnya ada banyak lagi teknik yang saya nak share.Kalau share semua dalam ni memang panjang gila nanti.

Contoh teknik lain macam kat bawah ni :

1.Teknik Pembundaran
2.Teknik Nilai Tempat
3.Teknik Nilai Digit
4.Teknik Gemuk Kurus (Asas Penambahan)
5.Teknik Gemuk Kurus (Asas Penolakan)
6.Teknik Lazim (Asas Pendaraban)
7.Teknik Box Method (Asas Pendaraban)
8.Teknik Landasan Kereta Api (Asas Pembahagian)
9.Teknik Ulat Gonggok (Asas Pembahagian)
10.Teknik Tangga bertingkat (Penambahan)
11.Teknik Ibu Puluh
12.Teknik Gabungan Tangga bertingkat & ibu Puluh
13.Teknik Kembar 10 (Penolakan)
14.Teknik Gemok Kurus (Asas Penambahan & Penolakan)

Semua teknik-teknik saya ada share dalam Modul ASAS Matematik yang baru dilancarkan .

  • Kalau Sekolah Rendah saya panggil ASAS MATEMATIK
  • Untuk sekolah menengah saya panggil ASAS ALGEBRA

2 benda ni sangat penting.

Semua teknik ni adalah ASAS PENTING.Untuk level yang tinggi ada teknik lain pula.Saya akan share pada emel akan datang.

Dapatkan terus Modul Panduan Lengkap Matematik IKUT UMUR ANAK disini tinyurl.com/mcr2020
(Modul berbeza ikut umur anak)

35 thoughts on “Pembahagian Guna Teknik Ulat Gonggok”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *