Kisah Arysha dari E naik ke B

Ada satu hari tu saya mengajar matematik kelas Tahun 6 .Budak dalam kelasni kategori budak kelas belakang punya.


Ada seorang murid perempuan ni nama nya Arysha. Saya perhatikan masalah utama dia adalah ‘mental block’ sebab tak habis-habis dia cakap soalan ni susah, soalan tu susah, maths ni tak best cikgu dan macam-macam lagi yang negatif.


Keyakinan diri langsung tak ada,sifir pun tak hafal,asas darab dengan bahagi pun merangkak-rangkak ,kalau mengajar memang stress kalau jenis tak sabar. Saya pun hampir terbabas.Nasib ada jurus tarik nafas bila stress. Hehe ?


Bayangkan dah segala tok nenek teknik pun masih tak boleh juga buat bahagi terutama jenis PEMBAHAGIAN 2 DIGIT.
Mula-mula saya try dengan sifir jari,tak jalan,kemudian guna kaedah kotak-kotak,pun tak jalan,bagi latihan operasi darab dan bahagi secara berfokus banyak-banyak pun tak jalan juga.


Akhirnya Alhamdulilah saya jumpa satu cara walaupun tak HAFAL SIFIR Arysa tiba-tiba rasa teruja dan yang best Kemudian nya mampu jawab soalan dengan baik.


Saya gunakan satu teknik yang saya namakan Teknik Ulat Gonggok.TEKNIK ULAT GONGGOK ni saya bantu Arysha menjawab PEMBAHAGIAN 2 DIGIT dengan baik WALAUPUN TAK HAFAL SIFIR.


Satu lagi saya gunakan sebagai ‘SPARK’ untuk bina keyakinan dan tarik minat dia.Hasilnya sangat hebat bagi saya .dari Gagal (E) naik ke (B) .
Bagi sesetengah orang B je pun. Tapi bagi ibu bapa yang ada anak sejak tahun 4,5 naik ke darjah 6 pun result masih E, dah habis pusat btuisyen hantar pun E juga, sampai cikgu pun boleh ‘give up’ ,tiba-tiba melonjak E ke B ni satu benda yang sangat besar.
Biarlah orang nak kata apa pun.Sebab mereka bukan tahu betapa ‘struggle’ nya nak ‘bina balik keyakinan’ anak-anak kelas belakang yang lemah ni.


Yang penting saya sangat bangga dengan Adik Wan Arysha .Waktu tak ada sesiapa pun percaya ,E naik ke B sangat luar biasa.
Gambar pertama tu (di ruangan komen) ,Selepas habis program.Gambar ketiga tu adalah ebook Teknik Ulat gonggok.Saya dah buat dalam bentuk ebook supaya lebih ramai tahu dan boleh ajar anak sendiri dirumah.Boleh ambil percuma disini www.mathscatch.com/ulg
Moga bermanfaat ye.

Download Percuma disini : www.mathscatch.com/ulg


Saya sebenarnya share lebih banyak Tips dan perkongsian matematik di telegram channel saya .Join je kat sini t.me/ParentingMathsCgRajaei

39 thoughts on “Kisah Arysha dari E naik ke B”

  1. Pingback: tamoxifen eye side effect

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *