Jika Anak Lemah Matematik Apa Nak Buat? 💪💪

Jika anak anda SEKOLAH MENENGAH bantu mereka kuasai asas Algebra.Minimum 6 Asas ni wajib di kuasai kalau bercita-cita nak anak cemerlang dalam matematik sekolah menengah.

  1. Kuasai Hukum Asas Algebra & kembangan
  2. Kuasai Persamaan Linear
  3. Kuasai 4 teknik Pemfaktoran
  4. Kuasai Persamaan Linear
  5. Kuasai Persamaan Linear Serentak
  6. Kuasai Rumus Algebra

Jika anak anda SEKOLAH RENDAH (Tahun 3,4,5,6) dan masih lemah matematik saya cadangkan bantu anak kuasai 4P ni
1) Penukaran Unit
2) Pecahan
3) Peratus
4) Perpuluhan

Untuk Sekolah Rendah,saya cadangkan buatlah apa sahaja pun untuk bantu anak kuasai Pecahan terlebih dahulu.Kenapa Pecahan? Sebab pecahan ni ada hampir 80% dalam semua bab dan subtopik kecik-kecik.

Maksudnya kalau anak anda lemah pecahan,atau 50-50 je tahap penguasaanya ,nak skor matematik peringkat UPSR dengan pantas teramat-amatlah susah.

Untuk bantu anak kuasai pecahan ni,jangan guna soalan yang terlalu mudah,jangan pula guna yang susah sangat.Ada beberapa modul kat pasaran,saya lihat terlampau sangat asas soalannya,Walaupun anak dah buat lebih dari 1000 soalan,bila masuk exam tak dapat jawab-jawab juga.

Kenapa?
Sebab soalan-soalan asas yang dijawab tu di dihubungkan dengan soalan BERTARAF PEPERIKSAAN yang sebenar.

Sebaiknya guna Soalan Peperiksaan Percubaan Negeri dan Past Year Question .Susun dari aras rendah ,sederhana dan tinggi kemudian buat secara LTB (Latih Tubi Berfokus) secara gerila.

Cuma nak susun ni pun perlukan orang yang mahir dan berpengalaman.

Jumaat ni saya akan keluarkan Ebook Khas untuk Tahun 4,5,6 bagi selesaikan masalah ni.Yang lagi best saya sertakan juga 14 Video yang saya tunjukkan step by step penyelesaian.Ada beberapa video saya tunjukkan 2 jalan kerja sebagai perbandingan ,cara biasa dan cara alternatif pantas.

Nak saya Bantu?
Join group ni sekarang https://t.me/joinchat/A8-UAUXW4zl86WPWqwpnYQ

3 thoughts on “Jika Anak Lemah Matematik Apa Nak Buat? 💪💪”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *