Anak Lemah Sifir?

Baru-baruni ada seorang parent bagitau saya anak dia lemah sangat sifir.Bila lemah sifir automatik matematik anak dia lemah,jadi malas nak buat latihan dan tak minat.Mak dia kata dah macam-macam cara dah buat,hafal,buat teknik kotak,teknik jari dan sebagainya ,semua tak boleh jalan juga.

Last sekali dia datang jumpa saya.Kemudian saya pun cakap,cara tu semua dah ketingalan zaman puan.Kita tak boleh lagi guna cara tahun 80 an untuk ajar anak kita zaman nak ke tahun 2020 ni.

Kalau hanphone dan tablet boleh berubah tak kanlah teknik mengajar dan belajar tak boleh berubah.kan?

Jadi apa yang saya buat saya SCAN dulu.Rupa-rupanya anak puan ni ada masalah dengan dengan Fakta asas operasi (FAO) tambah dan tolak.

Ramai ibu bapa tak tahu bila anak lemah sifir ,apa kena buat dahulu.Jawapanya adalah kita kena semak anak-anak kita sudah menguasai operasi tambah dan tolak atau belum.Jika dia masih belum mahir tambah dan tolak ,mustahil anak tu akan menguasai sifir ini kerana sifir tu sendiri datangnya dari operasi tambah dan tolak.

Buktinya kat bawahni .

Saya tunjuk demo kat depan mak dia.Saya tunjuk satu teknik mudah hafal sifir 9.Biasanya guna jari kan? Isu kalau guna jarinya ,anak tu tak mampu congak dengan cepat ,sebab nak ikut turutan dulu.Contohnya bila kita tanya 9 x 3 = ?

Maka kalau guna jari,anak tu akan lipat jari satu persatu ikut turutan.Biasanya anak akan buat macam ni kan.
lipat jari 1 = 9
lipat jari 2 = 18
lipat jari 3 = 27

Cara ni betul.Tapi kalau 9 x 9 = ? nak kena lipat jari sampai 9 kali.Itu kalau ada jari.Kalau tak ada jari .hehe ?

Kemudian saya ajar cara baru kat anak puan tu.(Guna konsep tolak (nombor sebelum) dan tambah je).Cara nya macam ni.

==========

CONTOH 1 :

9 x 3 = ?

Caranya
Langkah 1 : Nombor SEBELUM 3 = 2
Langkah 2 : 2 nak kena tambah berapa untuk dapat 9 ? jawapan nya = 7
Langkah 3 : so jawapan akhir adalah 27

Tak beberapa faham?
Cuba yang bawah ni plak.

==========

CONTOH 2 :

9 x 7 = ?

Caranya
Langkah 1 : Nombor SEBELUM 7 = 6
Langkah 2 : 6 nak kena tambah berapa untuk dapat 9 ? jawapan nya = 3
Langkah 3 : so jawapan akhir adalah 63

Cuba yang terkakhir yang ini.

==========

CONTOH 3 :

9 x 8 = ?

Caranya
Langkah 1 : Nombor SEBELUM 8 = 7
Langkah 2 : 7 nak kena tambah berapa untuk dapat 9 ? jawapan nya = 2
Langkah 3 : so jawapan akhir adalah 72

Boleh faham.?

Lepas saya buat demo yang ni,anak puan tu terus terkejut. Mula pada tu ,minat terus datang.Kalau dulu asyik sebut matematik ni susahlah,tak bestlah,cikgu tak bestlah,malaslah dan macam-macam lagi yang negatif,tapi lepas demo tu terus berubah mindset dia.

Berubah 360 darjah.Dari tak minat jadi teruja dan ghairah gila nak buat matematik.Itu je ,belum tunjuk teknik-teknik lain lagi.Bila anak ni dah mula cakap matematik ni best,seronok walaupun masih lemah matematik lagi,tak mengapa sebab dia dah tunjuk tanda-tanda besar nak berjaya.

Sebab tu kita ni kalau guru atau ibu bapa,jangan sesekali lemah semangat kalau ada anak lemah matematik,kita kena semak mungkin ada cara kita kurang tepat atau dah ketinggalan zaman (old school) tapi kita tetap nak paksa cara kita belajar dulu-dulu yang 80 an.Itupun kalau 80 an!.Kalau generasi 60an macam mana? hehe.

Kita menyinga,merimau ,mentarzan dan seumpanya bila anak tak ikut cara kita,hakikatnya zaman dah berubah.Anak umur 3 tahun pun dah tahu guna tablet buka youtube kan? Dulu-dulu kita nak buka komputer pun tak reti lagi kan? kenapa cara dan teknik mengajar matematik tak boleh berubah?

Jom kita sama-sama buat perubahan.Belajar dan mengajar dan sama-sama berkongsi cara terbaik didik anak-anak kita .Silibus pun dah makin tinggi kan?

Share pandangan anda semua.jom berkongsi.

Cg Rajaei .

Saya sebenarnya share lebih banyak tips ,soalan matematik dan cara ajar anak di Telegram Channel saya disini.Jemputlah share dan join telegram channel saya disini t.me/ParentingMathsCgRajaei

54 thoughts on “Anak Lemah Sifir?”

  1. Hello! I could have sworn I’ve been to this blog before but after browsing through some of the post I realized it’s new to me. Anyways, I’m definitely happy I found it and I’ll be book-marking and checking back frequently!

  2. Hello! I could have sworn I’ve been to this blog before but after browsing through some of the post I realized it’s new to me. Anyways, I’m definitely happy I found it and I’ll be book-marking and checking back frequently!

  3. Netter Post. Ich habe diesen Blog ständig überprüft und bin beeindruckt! Extrem hilfreiche Informationen besonders der letzte Teil ? Solche Informationen liegen mir sehr am Herzen. Ich habe sehr lange nach genau diesen Informationen gesucht. Vielen Dank und viel Glück.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *