Anak ambil PT3 2020?

Saya nak share beberapa persediaan yang ibu bapa kena tahu untuk bantu anak-anak kalian semua.

Jangan tak tahu ye format PT3 untuk tahun 2019 ni guna #FORMAT #BARU .

Anak-anak anda yang ambil PT3 tahun ni adalah generasi pertama yang merasa format baru.

Zaman saya dulu start dengan PMR.Ini yang umur 30-an. Kalau generasi awal sikit dipanggil SRP .Hehe. Lepas PMR pergi ke PBS. (Pentaksiran Berasaskan Sekolah). Kemudian di tukar kepada PT3.

Bermula pada tahun 2014 – 2018 ,ditukar kepada PT3.PT3 ni singkatan bagi Pentaksiran Tingkatan 3. Cuma PT3 ni sebenarnya dah ada 2 version dah. Version 1 (2014-2018)

Version ke 2 pada tahun 2019.Tahunni 2019 masih dipanggil PT3 tetapi format ada sedikit perubahan.

PERBEZAAN FORMAT MATEMATIK PT3

FORMAT LAMA MATHS PT3 ( 2014 -2018)

  • Ada 10 soalan dan ada anak-anak kecik
  • Ada 3 Bahagian
  • Bahagia A – Soalan mudah – 4 markah
  • Bahagian B – Soalan sederhana – 2 markah
  • Soalan Struktur /KBAT – 4 markah

FORMAT BARU MATHS PT3 (Mulai 2019)

  • Ada 31 Soalan
  • Ada 3 bahagian
  • Bahagian A :
    => Soalan Aneka pilihan (objektif)
    => 20 markah kesemuanya
    => Ada 20 Soalan

.

  • Bahagian B
    => Soalan Objektif berpandu
    => 20 markah kesemuanya
    => Ada 5 soalan ( 1soalan 4 markah)
  • Bahagian C
    => Soalan struktur respond terhad
    => 60 markah kesemuanya
    => Ada 6 Soalan ( 1 soalan 10 markah)

.
PERSAMAAN FORMAT PT3

  • Tiada tajuk khusus untuk setiap bahagian (tidak boleh buat ramalan)
  • KBAT diterapkan secara intensif

Secara umumnya PT3 tahunni saya jangka lebih mudah sikit apabila soalan objektif kembali diperkenalkan.Takda lah macam sebelumni 100% subjektif.

Cuma perkara yangmemberi kesukaran kepada student PT3 adalah format baru tetap mengekalkan tiada tajuk khusus untuk setiap bahagian.Ini maksudnya soalan pertama boleh diambil dari bab apa sahaja boleh keluar.

PT3 soalanya diambil dari Tingkatan 1,2 & 3 dan kesemuanya ada 36 bab .Banyakkan nak kena study? Walau pun banyak sebenarnya ada strategi yang boleh kita lakukan supaya jadi sikit.

Moga posting ini memberi gambaran untuk kita semua.Kongsi pada semua ibu bapa yang lain.
.
.
P/s : Saya harap tak ada ibu bapa yang tersilap beli buku PT3 format lama ye. Tengok dulu tahun published. Sebab tinjauan saya kat kedai buku masih ada lagi yang guna format lama. Diorang jual je. Mak ayah yang tak tahu ni pun beli je. Harap info ni berguna pada semua. Dipersilakan share untuk semua tahu.

Saya sebenarnya kongsi lebih banyak Info dan tips matematik di telegram Channel disini : https://t.me/ParentingMathsCgRajaei

Rajaei Ali –
.

52 thoughts on “Anak ambil PT3 2020?”

  1. Pingback: vidalista effectiveness curve

  2. Pingback: canadian cialis

  3. Pingback: dapoxetine dosage for bph

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *