Sisi Gelap Pusat Tuisyen ( Part 1)



Panduan untuk ibu bapa memlih pusat tuisyen terbaik untuk anak-anak.

Saya nak share beberapa sisi gelap yang ibu bapa harini wajib tahu sebelum membuat keputusan memilih pusat tuisyen terbaik untuk anak-anak.

1) GURU PAKAR /PEMERIKSA KERTAS
Ramai ibu bapa terpengaruh bila ,pusat tuisyen guna nama guru pakar,guru pemeriksa dan lain-lain.Ada satu sisi gelap yang ramai ibu bapa tak tahu ,banyak sekali berlaku ,yang guru pakar hanya seorang sahaja,yang lain dari kalangan cikgu biasa atau part time.Ianya tidak selari dengan apa yang ditulis didalam flyers atau diwar-warkan ketika aktiviti Pemasaran. Taktik ni banyak sekali digunakan.

SARANAN SAYA :
Jika anda memang bayar untuk dapatkan guru pakar,pastikan guru yang mengajar anak anda tu memang betul-betul pakar. Bukan cikgu Pakar mengajar kelas lain.

2) GURU YANG BERMOTIVASI
Saya selalu sebut skill mengajar dan skill mempengaruhi anak adalah dua benda berbeza.Macam Ayam dan itik.Macam langit dengan bumi.

Ramai orang pandai matematik,guru pakar matematik ,guru berpengalaman 20 tahun ,30 tahun sekalipun ,tapi belum tentu dia tahu cara nak pengaruhi budak untuk ikut apa yang dia nak.Ini kerana skill ni berbeza.

Banyak sekali terjadi mak ayah pandai matematik,engineer ,peguam doktor bahkan ada juga yang mak ayah cikgu matematik sendiri,tapi bila ajar anak,bukan lagi anaktu dekat dan teruja bahkan lagi lari,meluat dan benci dengan matematik.

Walaupun ada ilmu matematik tu tapi skill mempengaruhi anak untuk belajar matematik ni mereka tak ada. Bila ajar je rasa cepat meradang,nak jadi singa,kena plak soalan mudah-mudah dia salah,Salah pulak yang berulang,memang cari nahas budak ni .kan?

Ada cikgu-cikgu bagitahu dia boleh sabar kalau ajar anak orang,kadang-kadang anak dia sendiri memang dia jadi singa,kadang-kadang jadi tarzan.Ini kerana 2 skill ni adalah berbeza.

SARANAN SAYA
Sila perhatikan anak anda ,kalau mereka minat matematik tetapi masih lemah cari guru pengalaman dan pakar.Kalau anak anak jenis tak minat,’mental block’ carilah guru yang lebih muda dan berinovasi dan bijak tarik minat anak-anak anda.Bukan yang mengajar sambil membebel.Cari yang mengajar sambil bagi motivasi.

3) GURU TERLATIH
Di kebanyakan pusat tuisyen guru yang mengajar adalah dari kalangan guru part time .Ada part time yang sudah bekerrja,ada yang part time tapi mengajar tuisyen sepenuh masa di banyak tempat dan ada juga part time dari kalangan pelajar universiti.

Berdasarkan pengalaman saya, guru part time ni bukan lah isu sebenarnya,ini kerana ramai juga guru part time yang menunjukkan prestasi dan kesungguhan yang luar biasa untuk bantu anak-anak cemerlang.Walaupun ada juga yang kurang komited tetapi kita tak boleh pukul sama rata pada semua tutor ni.

Yang penting tutor ni mestilah ada persediaan sebelum mengajar sama ada persediaan dibuat sendiri ataupun melalui training khas yang diberikan.

SARANAN SAYA
Cari pusat tuisyen yang sediakan training pada guru part time ni terutama tutor part time dari kalangan pelajar universiti.Pelajar universiti ni kebanyakan mereka ada ilmu matematik tetapi mereka tak ada skill nak ‘tackle’ soalan pada pelajar.Kalau di Maths Catch kami adakan training cara handle pelajar ,boleh lihat contoh video disini https://www.youtube.com/watch?v=RQ82VL77mOQ&t=20s

Bagi yang tak sempat join training ,biasanya kami bekalkan SOP melalui modul matematik yang kami dah sediakan.Mereka tak perlu fikir soalan apa ,program macam mana,modul apa nak pakai,semuanya kami dah sediakan .Ikut sahaja.

4) GURU TUKAR GANTI ( SELALU TAK DATANG)
Ini satu lagi Sisi Gelap yang besar ,tapi tak ramai ibu bapa tahu tentang ni.Berlaku di banyak pusat tuisyen ,guru yang datang bertukar ganti.Hal ini banyak terjadi apabila guru sekolah atau guru kurang komited yang mengajar di pusat tuisyen.Jangan seronok sangat kalau yang mengajar adalah dari kalangan guru sekolah. Guru sekolah ada banyak komitment lain juga sama ada tiba-tiba ada meeting,kelas tambahan disekolah dan lain-lain.Perkara ni sebenarnya boleh menjejaskan prestasi anak,kerana guru yang masuk ganti adalah bidan terjun dan tak ada kemampuan yang sama dengan guru utama.

SARANAN SAYA
Pantau guru-guru yang mengajar anak-anak anda.Pastikan anda pernah tengok muka cikgu tu dan tahu nama dia.Lepas 2 bulan bila datang balik, paling kurang anda kenal cikgu tu.Selalu berkomunikasi dengan anak-anak untuk tahu siapa yang mengajar setiap kali kelas terutama pada bulan pertama kelas berlangsung.

5) KELAS TUISYEN CAMPUR-CAMPUR
SIsi gelap seterusnya adalah ada sesetengah pusat tuisyen yang amalkan kelas campur.Ada pelajar tahun 1 sampai tahun 6 dalam satu kelas dengan seorang tutor mengajar kat depan.

Pada dasarnya kelas campur ni tak salah kalau ianya merupakan program khas tertentu contohnya 1 bulan pertama adalah program pengukuhan asas .Jadi pelajar tahun 4,5,6 sebenarnya boleh duduk dalam kelas yang sama .Tetapi apabila dah mula mengajar topikal ikut silibus masing-masing ,ianya dah tak praktikal untuk seorang tutor mengajar ramai. Mustahil seorang guru mampu ajar kelas yang bercampur-campur dengan servis terbaik. Pengalaman saya sebelumni mengajar pelajar Matematik Tingkatan 3. Walaupun semua pelajar Tingkatan 3,tetapi jurang perbezaan sangat besar. Ada yang pandai snagat, dan ada ynag lemah sangat. Bayangkan walaupun semua umur yang sama pun sangat sukar untuk ajar, bagaimana kalau kelas tu bercampur-campur?

SARANAN SAYA
1 Bulan pertama adalah penting untuk pantau perkembangan anak-anak. Sesekali datang lah untuk jenguk anak-anak anda yang sedang belajar. Dari situ kita boleh tahu tentang kualiti kelas dan pengajaran anak-anak kita.Kesilapan ramai ibu bapa, hanya datang jenguk masa hari pertama Tuisyen berlangsung sahaja. Perkara ni menyebabkan pihak Pengurusan Tuisyen mudah untuk manipulasi keadaan. Kelas yang kurang pelajar akan di CAMPUR-CAMPUR dengan kelas yang lain.

Semoga perkongsian Ikhlas ini membantu ibu bapa diluar sana membuat keputusan Terbaik sebelum memilih Pusat Tuisyen untuk anak-anak.

Saya kongsi lebih banyak tips dan Panduan matematik ditelegram channel saya. Jom dengar celoteh saya ? bersama lebih 16,000 ibu bapa disini t.me/ParentingMathsCgRajaei

42 thoughts on “Sisi Gelap Pusat Tuisyen ( Part 1)”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *